Mitos 1: Produk penjagaan kulit wajah mahal lebih bagus daripada produk penjagaan yang murah
Mitos ini merupakan mitos yang telah meyakinkan ramai orang dan sukar untuk dihalang. Tiada kebenaran saintifik yang dapat dibuktikan dengan harga produk yang mahal dalam dunia penjagaan kulit wajah serta dunia kosmetik. Hasil kajian selama 35 tahun, kami telah mendekati pelbagai jenis jenama– produk yang bagus dan produk yang tidak bagus boleh datang dari pelbagai kategori harga.
Mitos 2: Bahan semulajadi adalah yang terbaik untuk kulit
Mitos ini juga antara mitos yang mendapat kepercayaan orang ramai. Hal ini kerana bahan semulajadi mempunyai variasi manfaat yang luas. Namun begitu, tiada fakta dan kajian saintifik yang dapat membuktikan bahan semujadi atau bahan organik adalah lebih bagus untuk kulit. Seperti yang sedia maklum, terdapat juga tumbuhan (juga bahan semulajadi!) yang beracun dan mengakibatkan kesan alergi, maka fakta mengenai kesemua bahan semulajadi adalah pilihan terbaik untuk kulit adalah fakta yang tidak tepat
Mitos 3: Kesan sejuk, dan sensasi berdenyut (tingling) pada kulit menandakan produk tersebut berkesan
Mitos ini adalah mitos yang meluas—serta mitos yang kami perlu tekankan. Kepercayaan mengenai produk yang memberi rasa sejuk dan kesan tingling pada kulit merupakan penanda aras kepada keberkesanan produk tersebut kepada kulit adalah tidak tepat sama sekali, dan ianya adalah tanda kulit anda sensitif kepada bahan tersebut.
Antara bahan yang mengakibatkan kesan sejuk dan sensasi tingling kepada kulit adalah denatured atau SD Alkohol, menthol, menthyl lactate, peppermint oil, camphor, dan eucalyptus. Elakkan produk yang mengandungi bahan ini—dan kulit anda akan berterima kasih kepada anda!
Mitos 4: Banyakkan minum air sekiranya kulit kering
Mitos kecantikan ini adalah mitos yang paling sukar untuk ditangkis, namun ini adalah fakta yang kami akan kongsikan kepada anda. Minum air dengan jumlah yang tertentu adalah bagus untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan anda, tapi sekiranya kulit anda kering—anggapan bahwa kulit kering boleh dibantu dengan meminum air adalah salah.
Mitos 5: Sesebuah produk akan berhenti memberikan kesan— kepada kulit dan ini adalah kerana kulit anda telah mengadaptasi bahan ini dan menjadikan produk tersebut tidak lagi efektif
Kulit anda tidak akan menyesuaikan keadaannya dengan sesuatu bahan sehingga menyebabkan ianya tidak lagi bertindak efektif kepada kulit. Analogi ini adalah sama seperti diet—bayam dan anggur adalah sihat untuk anda dan ianya akan kekal sebagai makanan yang sihat untuk anda selama-lamanya.
Anda mungkin tertanya-tanya mengenai bagaimana mitos ini masih kekal? Perkara ini terjadi daripada peralihan penggunaan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif kepada produk yang diformulasikan secara efektif. Pada peringkat ini, kulit akan menunjukkan kesan yang dramatik dan selepas beberapa minggu, anda akan melihat kulit tidak lagi memunjukkan kesan seperti peringkat awal, dan peningkatan yang berlaku juga tidak terjadi secara mendadak seperti peringkat awal. Pada peringkat ini, kulit anda sedang mengekalkan keadaan yang sihat, licin dan awet muda—dan ianya bukanlah petanda anda perlu mencari produk yang lain!