Kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha

Share Post:

Assalamualaikum semua😊 Minggu lepas Qaila ada share mengenai ibadah korban kan?

Jadi… pada hari ni Qaila nak share pulak mengenai kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwuquf.

Oleh itu, hari yang selepasnya dijadikan hari perayaan bagi semua kaum Muslimin di tempat masing-masing, sama ada mereka yang pergi menunaikan haji atau tidak, disebabkan kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.

Apabila selesai melakukan ibadat di Arafah, maka terlepaslah orang-orang beriman itu daripada azab api neraka dan selepas itu semua umat Islam menyambut hari raya.

Hari Raya Korban merupakan hari raya paling agung dan banyak kelebihannya. Pada hari itu, umat Islam berkumpul pada tempat dan waktu yang mulia iaitu pada padang Arafah. Selepasnya ialah hari Tasyrik khusus nya bagi mereka yang mengerjakan haji.

Tiada perbezaan antara yang kaya dan miskin, semua akan menyambut hari raya dalam keadaan yang sama. Setiap hari pada hari-hari itu adalah hari raya bagi orang yang mengerjakan haji , sepertimana yang terdapat dalam hadis Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

Maksudnya:” Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad.

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, daripada Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ”Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudahtentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.” Umar SAW bertanya, “Ayat yang mana satu?” Dia menjawab

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: ‘Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan ) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa ( maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ma’idah: 3)

Umar berkata lagi, ”Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ibnu Abbas dan seumpamanya, beliau telah berkata ,”Ia telah diturunkan pada dua hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.”

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Semoga apa yang disampaikan Qaila ni dapat menambah pengetahuan semua. Moga-moga ilmu ini bermanfaat kepada semua dan diri Qaila juga.

Tambah Pengetahuan

Pastikan Baca semuanya

5 Rutin Penjagaan Kulit Wajah yang Efektif

Dalam dunia yang sibuk dan penuh tekanan ini, menjaga kulit wajah mungkin terasa sebagai tugas yang memakan waktu. Namun, dengan lima langkah mudah rutin penjagaan