Jenis-jenis Jeragat

Share Post:

 

Kulit wajah berjeragat adalah antara masalah kulit yang paling banyak berlaku pada wajah. Terdapat beberapa jenis jeragat yang sering berlaku, antaranya:

  • Solar Lentigo– Solar lentigo ialah tompok kulit gelap yang tidak berbahaya. Lentigo solar atau lentigine sangat biasa, terutamanya pada orang yang berumur lebih dari 40 tahun.
  • Melasma– Melasma adalah keadaan kulit yang dicirikan oleh tompok coklat atau kelabu biru atau bintik-bintik seperti jeragat. Ia adalah perkara biasa, tidak berbahaya dan beberapa rawatan mungkin membantu.
  • Freckle– Freckle boleh muncul pada semua jenis warna kulit. Daripada enam jenis kulit Fitzpatrick, ia adalah yang paling biasa pada tona kulit 1 dan 2, yang biasanya dimiliki oleh orang Eropah Utara. Walau bagaimanapun, ia boleh didapati dalam semua etnik.

Setiap penyakit pasti ada puncanya. Namun, apa punca yang menyebabkan masalah jeragat? Haaa meh sini nak bagitahu, jeragat boleh muncul disebabkan oleh sinaran UV. Selain itu, ramai juga yang tidak tahu penggunaan skincare yang tidak sesuai atau juga menjadi salah satu daripada punca jeragat. Perubahan hormon juga antara punca terjadinya jeragat. Selain itu, pengambilan dan penggunaan ubat-ubat sampingan seperti Supplement, Vitamin C dan lain-lain juga menjadi punca masalah ini berlaku.

Tambah Pengetahuan

Pastikan Baca semuanya

5 Rutin Penjagaan Kulit Wajah yang Efektif

Dalam dunia yang sibuk dan penuh tekanan ini, menjaga kulit wajah mungkin terasa sebagai tugas yang memakan waktu. Namun, dengan lima langkah mudah rutin penjagaan