Sekejap je masa berlalu, Qaila tak sangka minggu depan dah nak raya Aidiladha….
Jadi… untuk minggu ni, Qaila akan berkongsi mengenai ibadah korban yang dilakukan semasa raya Aidiladha.
πππππππππππππ
Ibadah Qurban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilaksanakan pada hari raya Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari tasyriq berikutnya iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sejarah Ibadah Qurban
Mungkin ada diantara kita yang masih tertanya-tanya bagaimana mulanya ia disyariatkan kepada umat islam.
Oleh hal yang demikian, kami akan kongsikan mengapa sebab adanya Ibadah Qurban dan apa peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa dahulu yang menjadi asbab ia disyariatkan.
Berdasarkan kisah Nabi Ibrahim yang tidak mempunyai zuriat selama 86 tahun, maka Nabi Ibrahim pun memanjatkan doa kepada Allah agar dikurniakan zuriat.
Tidak lama kemudian Allah memakbulkan doa Nabi Ibrahim. Allah mengurniakan seorang putera kepada Nabi Ibrahim yang diberi nama Ismail (Nabi Ismail A.S).
Suatu malam, Nabi Ibrahim mendapat mimpi yang merupakan perintah daripada Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail. Nabi Ibrahim pun akur dan melakukan pengorbanan terbesar dengan mengorbankan anaknya sendiri seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Lalu, Nabi Ibrahim terus memberitahu anaknya Nabi Ismail tentang mimpinya itu. Tanpa berlengah, Nabi Ismail turut akur dan bersetuju dengan perintah Allah sebagaimana yang diberitahu ayahnya.
Nabi Ibrahim melaksanakan sembelihan tersebut tetapi gagal setelah beberapa percubaan. Leher Nabi Ismail sedikit pun tidak terluka dengan izin Allah.
Kemudian Malaikat Jibril muncul bersama seekor Kibas sebagai pengganti berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al-Soffat ayat 107 yang bermaksud:
βDan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibas) yang besarβ.
Jadi tu je perkongsian Qaila untuk harini, jikalau panjang umur, Qaila akan berkongsi lagi maklumat.