Haiiii, maafla…. semalam Qaila busy, tak sempat nak update artikel baru.
Minggu lepas Qaila ada share tentang punca tona kulit tak sekata kan?
So harini Qaila nak share pulak macam mana atasi masalah tona kulit tak sekata.
🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
1. Bijirin Oat
Cara penggunaanya ialah dengan menghaluskan bijirin oat dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan campuran ini sebagai skrub muka. Skrub selama 3 minit untuk mendapatkan kulit yang lembut dan mulus. Lakukan seerap 3 kali seminggu dan nikmati lah hasilnya.
2. Air Perahan Lemon
Kulit akan mudah berjerawat dan black head akan mudah timbul jika kuliot wajah anda terlebih minyak. Ratakan air perahan lemon di kulit dan biarkan kering. Setelah itu, barulah dibilas sehingga bersih.
3. Kunyit dan Yogurt
Ambil satu sudu kecil serbuk kunyit dan campurkan dengan tiga sudu kecil yogurt. Gaul sampai rata. Lepas tu, sapukan di muka. Biarkan selama 20 minit. Lepas tu, basuh dengan air suam. Lakukan mask ini 3 kali seminggu untuk kesan yang cepat.
4. Kentang Dan Lemon
Bersihkan kentang dan kisar Bersama air perahan lemon. Kacau rata campuran itu dan sapu di muka. Lakukan secara rutin, 2 kali sehari untuk lihat kesan yang terbaik.
5. Air Kelapa
Jangan taktau, air kelapa juga dapat membantu merawat wajah. Basuh muka dengan air kelapa setiap pagi, biarkan ia kering sendiri pada wajah. Lepas dah kering, bilas semula wajah dengan dengan air bersih.
6. Ubi Sengkuang
Caranya adalah dengan membersihkan sengkuang dan sagat isi nya. Sapu rata ke seluruh muka dan leher seperti masker. Biar 15-20 minit sampai kering dan bilas muka dengan air suam. InsyaAllah, berkesan.
Okayyy, tu je untuk harini… nanti Qaila update lagi ye😘