Kulit wajah terbakar adalah antara masalah kulit yang paling tidak disukai ramai. Ini berpunca daripada cahaya matahari, kulit wajah boleh terbakar atau lebih dikenali sebagai ‘sunburn’ walaupun anda telah memakai sunscreen.
Mereka yang berkulit cerah lebih mudah terkena ‘sunburn’ daripada orang yang berkulit gelap kerana mereka ini mempunyai kandungan melanin yang rendah. Kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kulit sensitif juga lebih mudah terkena ‘sunburn’.
Bayangkan yang dah pakai ‘sunscreen’ atau ‘sunblock’ pun kulit masih terkena ‘sunburn’, apatah lagi mereka yang tak pakai sebarang losyen atau krim pelindung UV langsung. Memang boleh gatal kulit dibuatnya. Kulit pun akan rasa panas dan kering sehingga merah dibuatnya.