Rutin Penjagaan Kulit Muka

Share Post:

Nak kulit muka yang sihat dan cantik? Kali terakhir Qaila keluar shopping untuk skincare Qaila nampak ada banyak jenama dan jenis skincare yang baru.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Macam-macam jenis yang Qaila tak pernah dengar pun. Dan soalan yang Qaila selalu bertanya adalah bila nak pakai produk ni? Pakai ni dulu ke atau ni dulu? Nak pakai masa rutin siang atau malam? Maka terhasil la nota urutan penggunaan skincare seperti di bawah.

Apa urutan penggunaan skincare yang betul dan menyeluruh?
Urutan penggunaan skincare selalunya akan dibahagikan kepada rutin siang dan rutin malam. Ini adalah disebabkan kulit wajah kita mempunyai keperluan yang lain di waktu siang dan malam.

Urutan penggunaan skincare siang:

Pencuci muka berasaskan air (water-based cleanser)
Exfoliator (Sekurangnya sekali seminggu, bukan hari-hari.)
Toner
Treatment (Bergantung kepada keperluan kulit muka.)
Serum (Persiapan melawan penuaan sesuai untuk umur 20 tahun ke atas.)
Krim bawah mata (Sesuai untuk mereka yang mempunyai mata panda, kantung gelap di bawah mata.)
Moisturizer (Krim siang)
Sunscreen

Urutan penggunaan skincare malam:

Pencuci muka berasaskan minyak (oil-based cleanser)
Pencuci muka berasaskan air (water-based cleanser)
Toner
Treatment
Serum
Face mask
Krim bawah mata
Moisturizer (Krim malam)

Inilah dia turutan pemakaian skincare secara menyeluruh. Kalau anda perasan, ia mempunyai persamaan dengan 10 langkah popular K-Beauty, cuma dibahagikan kepada rutin siang dan malam bagi memudahkan pembacaan.

Produk apa yang patut anda guna perlulah dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit masing-masing. Tak lupa juga keperluan merawat yang diperlukan oleh kulit muka anda seperti masalah jeragat, jerawat, kusam dan sebagainya.

Langkah-langkah di atas ini melibatkan proses double cleansing pada sebelah petang/malam, jika anda tak menggunakan makeup pada siang hari ataupun menggunakan light makeup, boleh skip pada bahagian penggunaan pencuci muka berasaskan minyak.

Jadi tu je untuk harini, jumpa kemudian hari pula ya semua.

Tambah Pengetahuan

Pastikan Baca semuanya

5 Rutin Penjagaan Kulit Wajah yang Efektif

Dalam dunia yang sibuk dan penuh tekanan ini, menjaga kulit wajah mungkin terasa sebagai tugas yang memakan waktu. Namun, dengan lima langkah mudah rutin penjagaan