Apa itu jerawat?
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk.
Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Bakteria P.acnes tidak menyebabkan kerosakan kulit secara langsung. Kerosakan kulit adalah diakibatkan oleh tindakbalas keradangan dalam sistem imunisasi.