Lebih separuh abad Malaysia mencapai tempoh kemerdekaan, namun apabila berbicara soal Muslimah dalam bidang kecantikan & estetik di negara sendiri yang majoritinya beragama Islam, kita masih tertinggal jauh.
Di arus globalisasi permodenan negara, masih ada golongan Muslimah itu sendiri yang kurang selesa untuk ke pusat kecantikan. Pelbagai faktor memainkan peranan dan antara yang menjadi isu utama adalah pencampuran jantina di dalam pusat kecantikan itu sendiri. Juga ada sesetengah dari pusat kecantikan ini tidak mengambil berat soal sensitiviti Muslimah itu sendiri.
Segalanya terlihat seolah menjadi penghalang kepada golongan Muslimah ini, lebih lebih lagi mereka yang menceburi bidang kecantikan & estetik ini. Ini menjadi masalah apabila ada sesetengah pusat kecantikan memerlukan mereka menjalankan rawatan kepada jantina yang berlainan atau lebih difahami sebagai bukan mahram.
Isu seperti ini seolah tidak digembar gemburkan kerana ianya dianggap bukan sebagai satu isu yang besar dalam dunia kecantikan ini. Tetapi salah seorang doktor estetik di Malaysia, iaitu Dr. Sharifah Firdawina yang juga merupakan seorang Muslimah terpanggil dengan isu ini.
Bagi beliau, nasib nasib Muslimah ini harus dibela kerana mereka juga harus berdiri sama tinggi dengan yang lain. Mengangkat isu ini sebagai alasan utama, beliau tampil membuka sebuah pusat kecantikan yang eksklusif, selesa dan mudah diakses. Lebih penting pusat kecantikan ini juga dibuka khas hanya untuk Muslimah.
Bertujuan mengangkat Muslimah dengan visi ‘Perkasa Muslimah’ melalui platform kecantikan & estetik, Seri Wajah Muslimah Aesthetic tekad menyediakan dan membuka peluang kepada setiap Muslimah, terutamanya bagi mereka yang ingin menyelesaikan masalah kulit wajah mereka.