Petua Penjagaan Kulit Dengan Bahan Semula Jadi

Share Post:

Assalamualaikum semua, jumpa lagi ye kita semua pada penghulu hari. Qaila tau mesti semua tertunggu Qaila nak kongsi apa harini.😊😊😊

Okay… harini Qaila nak kongsi petua penjagaan kulit…. bukan sebarang petua tauu, baca jangan tak baca.😉😉😉

🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈

Petua Penjagaan Kulit Dengan Bahan Semula Jadi. Tanpa Bahan Kimia!!!!

1. AIR
Percaya tak. petua kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan air.

Anda digalakkan minum air dengan banyak. Apabila badan banyak dengan cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan.

2. JUS LEMON

Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.

Caranya:

Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.

Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

3. BUAH TOMATO

Bertindak sebagai skin toner, ia membantu merawat jerawat, jeragat dan blemish.

Caranya:

Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata.

Jika dilakukan setiap hari, ia akan mengecilkan pori-pori di muka menjadikan kulit lebih licin.

4. MADU

Madu telah digunakan sejak sekian lama kerana khasiatnya yang pelbagai. Bukan saja boleh dimakan, ia juga elok untuk disapukan pada kulit.

Caranya:

Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

Campurkan sedikit madu pada putih telur dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.

Sebelum tidur, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dan biarkan semalaman. Keesokan hari, bilas seperti biasa.

Tentu anda akan rasa lebih yakin dan awet muda. Cubalah!

Tambah Pengetahuan

Pastikan Baca semuanya

5 Rutin Penjagaan Kulit Wajah yang Efektif

Dalam dunia yang sibuk dan penuh tekanan ini, menjaga kulit wajah mungkin terasa sebagai tugas yang memakan waktu. Namun, dengan lima langkah mudah rutin penjagaan