Lambakan Produk Kecantikan ‘Haram’

Share Post:

“Semua produk itu dirampas mengikut Akta Jualan Dadah 1952. Jika sabit kesalahan, individu terbabit akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.
Manakala, bagi kesalahan berikutnya, pesalah akan dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.”

Ha, korang baca dah yang kat atas ni… Kalau korang nak tau yang kat atas ni adalah hukuman kepada pesalah yang menjual produk kosmetik ‘haram’. Harini Qaila nak kongsi pasal lambakan produk kecantikan ‘haram’.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Kecantikan merupakan salah satu aspek penampilan yang sangat dititik beratkan oleh masyarakat. Tidak kira lelaki atau perempuan, semuanya sentiasa ingin tampil lebih cantik. Yang gelap ingin lebih cerah, yang gemuk mahu kurus, yang kurus mahu lebih berisi, yang tua mahu kelihatan lebih muda, dan sebagainya. Ditambah pula dengan peranan yang dimainkan oleh media massa, semua faktor ini menyumbang kepada lambakan produk kecantikan di pasaran tidak kira dalam bentuk kosmetik, supplemen, makanan, mahupun suntikan.

Lambakan produk kecantikan ini boleh mengundang masalah kepada keselamatan dan kesihatan pengguna sekiranya tiada kawalan dan penguatkuasaan yang wajar dari pihak berkuasa. Pengguna juga harus memperkemaskan diri dengan pengetahuan dan maklumat yang berkaitan supaya produk yang diperoleh adalah selamat dan memberi hasil seperti yang diinginkan.

Dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum membuat keputusan untuk memilih produk yang tertentu. Laporkan kepada pihak Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia sekiranya mempunyai maklumat atau aduan yang berkaitan.Di pihak kerajaan pula, peraturan-peraturan berkaitan produk kecantikan sentiasa diperkemaskan dan pelbagai hebahan serta kempen telah dilakukan untuk membantu masyarakat dalam penyampaian maklumat dan nasihat yang berkaitan. Tindakan penguatkuasaan juga telah diambil ke atas syarikat yang melanggar peraturan dan menjual produk-produk yang boleh memudaratkan penggunanya. Orang ramai pula perlu memastikan produk kecantikan yang dibeli adalah berdaftar atau bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambah Pengetahuan

Pastikan Baca semuanya

5 Rutin Penjagaan Kulit Wajah yang Efektif

Dalam dunia yang sibuk dan penuh tekanan ini, menjaga kulit wajah mungkin terasa sebagai tugas yang memakan waktu. Namun, dengan lima langkah mudah rutin penjagaan